Kelas Asas ICT & Microsoft Word

14 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2023, pihak pengurusan PEDi Kg Surau telah mengadakan kelas Asas ICT iaitu pengenalan komponen komputer serta fungsinya dan Microsoft Words. Kelas yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh seorang peserta yang merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan komponen komputer dengan baik serta penggunaan Microsoft Words dalam pengurusan pekerjaan secara teratur. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali