Kelas Asas ICT dan Microsoft PowerPoint

12 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Febuari 2023, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau telah mengadakan kelas asas ICT dan Microsoft Power Point. Kelas yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh seorang peserta yang merupakan ahli PEDi sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft Powerpoint dalam melaksanakan tugasan sekolah serta nota-nota ringkas dengan lebih menarik. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali