PLK Giatmara Padang Besar Kursus Teknologi Motosikal (TML) dan Fashion and Dress Making (F&D) Hari-2

10 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mac 2023, pihak pengurusan PEDi Kg Surau telah mengadakan Program Literasi Komputer dan Usahawan kepada pelajar Giatmara Kangar Kursus Motor dan Jahitan. Program yang diadakan di PEDi Padang Besar Selatan ini disertai oleh 12 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari kedua program dijalankan adalah mengenai fotografi produk dan penghasilan poster. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali