Jemputan Program Jerayawara Kasih KPWKM Antigangguan Seksual Negeri Perlis

30 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2023, telah berlangsung Program Jerayawara Kasih Kpwkm Antigangguan Seksual Negeri Perlis. Program ini berlangsung di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( C ) Khoon Aik dan bermula pada 7:00 pagi sehingga 2:00 petang. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak KPWKM Perlis.

Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang antigangguan seksual dan pendedahan internet. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali