Bubble Snake Activity

25 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2023, pihak pengurusan PEDi Kg Surau bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Kampung Surau telah mengadakan Bubble Snake activity. Aktiviti diadakan di PEDi Kg Surau telah disertai oleh 10 orang peserta yang berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak , kemahiran kreatif dan problem solving dalam menghasilkan Bubble Snake. Dengan adanya program seperti ini, dapat membantu kanak-kanak tabika dan penduduk sekitar lebih celik ICT serta mengetahui kaedah sains dalam kehidupan. Aktiviti ini dapat mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali