Taklimat Internet & Media Sosial : Risiko Keselamatan Kepada Kanak- Kanak & Permainan Interaktif

21 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 December 2023, Taklimat Internet & Media Sosial : Risiko Keselamatan Kepada Kanak- Kanak & Permainan Interaktif sempena program Syoknya Ke Perpustakaan. Program telah diadakan di Perpustakaan Kanak-Kanak Kangar, Perlis. Taklimat ini telah disertai seramai 27 orang kanak-kanak sekolah rendah disekitar Bandar Kangar. Taklimat tersebut berlangsung selama 2 jam setengah bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Tujuan Taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada kanak-kanak mengenai risiko keselamatan & permainan interaktif. Taklimat ini dapat meningkatkan tahap pemahaman kanak-kanak terhadap risiko keselamatan internet dan media sosial. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan cara penggunaan internet dan media sosial dengan betul, penerangan mengenai system e-Pembelajaran, buli cyber, permainan interaktif dan praktikal menggunakan komputer oleh peserta. Taklimat ini dilihat mampu untuk mendidik kanak-kanak agar lebih cakna dengan media sosial supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan internet dan media sosial. Dengan adanya taklimat seperti ini, ia boleh memberi ilmu yang baru kepada kanak-kanak tentang risiko keselamatan internet dan media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali