Kelas Asas Aplikasi Canva

16 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 December 2023, Kelas Asas Aplikasi Canva telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau. Kelas ini disertai oleh dua orang peserta yang merupakan komuniti setempat. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3:00 petang hingga 5:00 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi Canva bagi mengedit gambar, logo, poster dan sebagainya untuk kegunaan asas perniagaan . Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan penggunaan teknologi terkini supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan teknologi baharu sebagai platform untuk meluaskan lagi pengetahuan mengenai ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali