Kelas Asas Resume dan Aplikasi CANVA

4 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2023, pihak pengurusan PEDi Kg Surau telah mengadakan kelas Kelas Asas Resume dan Aplikasi CANVA yang disertai oleh seorang peserta yang merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara penggunaan Aplikasi CANVA dalam menghasilkan resume secara kemas dan teratur. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Peserta juga dapat meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan ICT serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Aplikasi CANVA di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali