Sesi Webinar PUPUK@SPPP Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia

24 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) negeri Perlis telah dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat kesedaran yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Taklimat tersebut telah diadakan secara maya menerusi platform Microsoft Teams (Ms Teams) dan dikendalikan oleh Eksekutif dari Seksyen Operasi SSM, Ruhalmusdi Bin Hanafi. Objektif taklimat tersebut adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan Pendaftaran Perniagaan.

Antara topik yang dikongsikan adalah berkaitan pengenalan dan fungsi SSM, jenis-jenis entiti perniagaan, SSM BizTrust, produk SSM, tutorial pendaftaran serta pengaktifan ID pengguna di EzBiz Online. Encik Musdin juga turut berkongsi maklumat berkaitan insentif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diperkenalkan kepada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin mendaftarkan perniagaan secara percuma. Turut berkongsi tentang Skim 1 Oku 1 Perniagaan (S101P) merupakan satu inisiatif untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang ingin mendaftarkan perniagaan meraka dengan SSM diberi pengecualian Fi Pendaftaran dan Pembaharuan,Perkhidmatan SSM BIZTRUST ,berbentuk KOD QR SSM BizTrust yang berfungsi sebagai satu pengesahan dan pengenalan identity digital kepada perniagaan yang berdaftar dengan SSM.

Pihak SSM turut mensasarkan sebanyak 180,000 golongan usahawan dikalangan golongan B40 dan pelajar IPT dapat didaftarkan melalui skim insentif tersebut. EzBiz adalah sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali