PLK Giatmara Arau Kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (TPS) Hari-1

5 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 April 2022, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Padang Besar Selatan telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar Giatmara Arau Kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara. Program yang diadakan di PEDi Padang Besar Selatan ini disertai oleh 9 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari pertama program dijalankan adalah mengenai keusahawan dan pemantapan ICT. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan PEDi kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali