PLK Giatmara Arau Kursus Teknologi Automotif (TAF) Hari Ke-2

30 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Mac 2022, pihak pengurusan PEDi Kg Surau telah mengadakan Program Literasi Komputer dan Usahawan kepada pelajar Giatmara Arau Kursus Teknologi Automotif. Program yang diadakan di PEDi Kg. Surau ini disertai oleh 14 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari kedua program dijalankan adalah mengenai fotografi produk dan penghasilan poster. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali