Kelas Asas ICT Dan Pendaftaran Kemasukkan Ke Institut Pengajian Bagi Lepasan SPM 2021

6 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2022, pihak pengurusan PEDi Kg Surau telah membantu pelajar lepasan SPM tahun 2021 untuk mengisi borang permohonan secara atas talian. Bahkan dari situ pihak pengurusan PEDi juga mengambil kesempatan untuk mengajar pelajar tersebut Asas ICT iaitu pengenalan komponen komputer serta fungsinya. Kelas yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh seorang peserta yang merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara mendaftarkan diri untuk masuk ke institut pengajian di Malaysia serta mengajar peserta menggunakan komponen komputer dengan baik dan pencarian website untuk pembelajaran. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali