Program Photphone Bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Simpang Empat Hari-1

16 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2022, pihak pengurusan PEDi Batas Lintang telah mengadakan Program Photophone bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Program yang diadakan di PEDi Batas Lintang ini disertai oleh 12 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini disertai oleh usahawan setempat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips penggunaan photophone. Antara isi kandungan program pada hari pertama program dijalankan adalah penerangan mengenai photophone, teknik mengambil gambar menggunakan handphone, sesi latihan mengambil gambar dan pelajar dikehedaki membuat pembentangan mengenai produk jualan mereka. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali