PLK Giatmara Kangar Kursus Teknologi Motosikal (TMK) & Baikpulih Mengecat Kenderaan (BMK) Hari-2

9 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2022, pihak pengurusan PEDi Kg Surau dan PEDi Padang Besar Selatan telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar GiatMara Kangar Kursus Automotif. Program yang diadakan di PEDi Padang Besar Selatan ini disertai oleh 13 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari kedua program dijalankan adalah mengenai fotografi produk dan penghasilan poster. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali