Program Bicara Klik Dengan Bijak “Membeli Belah Dalam Talian”

22 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2022 jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak yang bertajuk “Membeli Belah Dalam Talian” atau dikenali sebagai “Online Shopping”. Program ini dijalankan berkonsepkan perbincangan dan kesedaran bagi menyedari tentang kepentingan dan kewaspadaan dalam belian atas talian. Progam ini diadakan secara atas talian yang diwakili oleh pihak MCMC sendiri dalam memberikan taklimat kepada orang awam. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam yang terlibat secara langsung bagaimana untuk mengatasi atau mengelakkan dari penipuan pembelian atas talian. Program ini mengambil masa selama 1 jam dan pada akhir program ini kuiz berkaitan perbincangan juga diadakan untuk meguji kefahaman peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali