PLK Giatmara Arau Kursus Kimpalan (KFL) dan Jahitan (FND) Hari 2

27 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2022, pihak pengurusan PEDi Kg Surau dan PEDi Padang Besar Selatan telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar Giatmara Arau Kursus Kimpalan dan Jahitan. Program yang diadakan di PEDi Padang Besar Selatan ini disertai oleh 15 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari kedua program dijalankan adalah mengenai fotografi produk dan penghasilan poster. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali