PLK Giatmara Padang Besar Kursus Fesyen Dan Pembuatan Pakaian (FND)-Hari 2

19 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2022, pihak pengurusan PEDi Kg Surau dan PEDi Padang Besar Selatan telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar GiatMara Padang Besar Kursus Fesyen Dan Pembuatan Pakaian (FND). Program yang diadakan di PEDi Kampung Surau ini disertai oleh 11 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari kedua program dijalankan adalah mengenai pemasaran online, facebook,penghasilan poster dan peserta dikendaki membuat pembentangan mengenai perkhidmatan mereka tawarkan. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali