Taklimat eKelas Maxis

8 November 2022 | Aktiviti Terkini

Taklimat dan Pendaftaran Portal eKelas telah diadakan pada hari Isnin, 7 November 2022 yang lalu. Taklimat ini dikendalikan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau dan diwakili pihak Maxis. Program dimulakan dengan taklimat pengenalan program eKelas Maxis berkaitan pendidikan secara digital. Selain itu, para pelajar diberikan pleuang untuk menggunakan portal eKelas dan diteruskan dengan pendaftaran portal eKelas oleh pelajar-pelajar yang hadir.Peserta yang hadir dari kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Masing-masing teruja dengan program yang ditawarkan di PEDi Kg Surau.

Diharapkan dengan adanya program pembelajaran secara digital ini dapat membantu penduduk sekitar yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan kelas tambahan secara percuma. Program eKelas tersebut memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tahun 6 hingga Tingkatan 5. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pi dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pi sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali