Quater 1 Internal Training Pusat Internet Maxis Utara Basic Animation Course Tentative by Yes Academy

5 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 March 2022, petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah menghadiri PEDi Internal Training – Basic Animation Course Tentative yang dianjurkan oleh Yes Academy yang diadakan secara maya atau lebih dikenali online training. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan serta menambah pengetahuan dalam menggunakan aplikasi atas talian bagi penghasilan iklan Animasi.

Bengkel ini dimulakan dengan sesi perkenalkan diri dan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan.Peserta terdiri daripada petugas PEDi Perlis dan Kedah. Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada petugas PEDi bagi memantapkan ilmu pengetahuan animasi dalam menggunkan aplikasi atas talian. Antara topik yang ditekankan adalah perancangan sebelum penghasilan iklan, mengendalikan aplikasi atas talian bagi penghasilan iklan animasi serta menghasilkan iklan animasi untuk tujuan komersial. Selain itu, memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus. Peserta dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam mengendalikan majlis atau program kepada usahawan setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali