Program KBAT & STEM Anjuran Super Unite

7 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2022 yang lalu. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau telah mengendalikan Program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bersama ibu dan bapa pelajar sekolah rendah. Ini adalah program pembelajaran berasaskan digital dan ia adalah anjuran dari Super Unite Club.

Program dimulakan dengan taklimat pengenalan program KBAT iaitu berkaitan pendidikan secara digital. Selain itu, para pelajar diberikan pleuang untuk menggunakan portal digital dan diteruskan dengan pendaftaran portal oleh pelajar-pelajar yang hadir.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali