Pertandingan Mewarna Bersama Kanak – Kanak Tabika KEMAS

19 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2022, pihak pengurusan PEDi Kg Surau telah menganjurkan pertandingan mewarna bersama kanak-kanak Tabika Kemas Kg. Surau. Pertandingan diadakan di PEDi Kg. Surau disertai oleh enam orang peserta dan telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengasah bakat si cilik dalam mewarna. Selain itu juga peserta dapat mempelajari dan mengenal warna buah-buahan tempatan. Dengan ini secara langsung dapat mempromosikan dan mengeratkan hubungan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali