Kursus Online “Certification in Sales & Marketing Fundamentals & Strategy Course Creating a Self-Employer” by YES Academy

30 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 dan 30 November 2021: Yes Academy telah membuat satu kursus “Sale and Marketing” secara atas talian kepada usahawan. Usahawan dan staf PEDi Kg Surau turut mengambil peluang untuk mengikut serta dalam kelas tersebut. Hari pertama 29 November 2021, YES Akademi telah menerangkan mengenai jualan dan pemasaran atas talian, hubungan bersama pelanggan dan strategi pemasaran perniagaan. Manakala pada hari berikutnya iaitu 30 November 2021, mereka menerangkan mengenai persekitaran pemasaran perniagaan, informasi pemasaran dan kelakuan pembeli. Kelas bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Kursus yang dianjurkan ini memberi banyak manfaat kepada peserta serta dapat lahi menambah ilmu pengetahuan kepada usahawan untuk memajukan perniagaan mereka pada masa akan datang. Di samping itu, staff PEDi juga dapat memanfaatkan peluang ini untuk membimbing usahawan PEDi pada akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali