Kelas Tuisyen Sejarah

7 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2021, wakil guru dari SMK Syed Alwi telah mengadakan kelas tambahan bagi subjek Sejarah khas untuk pelajar SPM tahun 2020. Kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Surau ini disertai oleh 11 orang pelajar dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengulangkaji subjek Sejarah serta teknik menjawap soalan peperiksaan.

Peperiksaan SPM tahun 2020 telah ditangguhkan disebabkan wabak covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Dengan kerjasama ini pelajar dapat menggunakan kemudahan Pi dengan faedah yang lebih baik. Kelas ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada serta menambah minat mereka untuk berkunjung ke Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali