Kelas Asas Shopee dan Pemasaran Facebook

23 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2021, kelas asas Shopee dan pemasaran Facebook telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg. Surau. Kelas ini disertai oleh seorang peserta yang merupakan usahawan PEDi Kg Surau sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi Shopee dan Facebook untuk memasarkan produk jualan. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali