Kelas Microsoft PowerPoint

12 Febuari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Feb 2021, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan kelas khusus Microsoft Power Point. Kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Surau ini telah disertai oleh 8 orang peserta yang merupakan ahli Pi sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft Powerpoint dalam melaksanakan tugasan sekolah serta nota-nota ringkas dengan lebih menarik. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali