PLK Giatmara Kangar (MNP) Hari Ke-4

9 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 April 2021, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau dan Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar GiatMara Kangar Kursus masakan. Program yang diadakan di Pusat Internet Padang Besar Selatan ini disertai oleh 18 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari keempat program dijalankan adalah mengenai penggunaan whatsapp dan shopee dalam mempromosikan perniagaan serta pembentangan produk jualan para pelajar. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali