Kelas Microsoft Excel Bahagian II

14 Febuari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Febuari 2021, kelas Microsoft Excel Bahagian II telah diadakan di Pusat Internet Kg. Surau. Kelas ini adalah sambungan bagi kelas yang terdahulu disertai oleh seorang peserta yang merupakan ahli Pi sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang.

ujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan Microsoft Excel membuat lajer akaun perniagaan secara teratur. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali