Kelas Asas Usahawan & ICT

26 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2021, kelas asas usahawan dan ICT telah diadakan di Pusat Internet Komuniti Kg. Surau. Kelas ini adalah sambungan bagi kelas yang terdahulu disertai oleh seorang peserta yang merupakan ahli Pi sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan Microsoft Excel membuat lajer akaun perniagaan secara teratur serta cara perniagaan atas talian. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali