Kelas Komputer dan Mewarna Kanak - Kanak

21 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2021, pihak pengurusan Pusat Internet Komuniti Kg Surau telah mengadakan kelas komputer bagi kanak – kanak dan diselitkan dengan pertandingan mewarna bendera negara. Kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Surau ini telah disertai oleh tiga orang peserta yang merupakan ahli PIK sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan aplikasi paint. Kelas ini bertujuan untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi aplikasi paint di masa hadapan dan peserta dapat menonjolkan bakat mereka dalam seni.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali