Quater 2 Internal Training Pusat Internet Maxis Utara Photography –Smart Phone Photography

11 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2021, staf Pusat Internet telah menghadiri PIk Staff Internal Training – Smart Phone Photography yang diadakan secara maya atau dikenali online training. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan pengetahuan dalam menggunakan aplikasi editing di smart phone serta cara mengaplikasikan sesuatu gambar yang biasa kepada yang luar biasa.

Bengkel ini dimulakan dengan sesi perkenalkan diri dan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan.Peserta terdiri daripada staf Pusat Internet Komuniti dari Perlis dan Kedah. Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada staff Pusat internet Komuniti bagi memantapkan ilmu pengetahuan photography dalam menggunkana smartphone. Antara topik yang ditekankan adalah editing gambar, cara pengambilan gambar dan penghasilan foto produk/perkhidmatan. Selain itu, memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus. Peserta dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam mengendalikan majlis atau program kepada usahawan setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali