“Bengkel MIV”- Komuniti Kampung Surau (Minggu 1)

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2020: Pusat Internet Kampung Surau telah menjalankan satu taklimat tentang bercakap benar, bijak menilai dan beringat bila bercakap secara atas talian. Tujuan taklimat ini adalah untuk mempromosikan nilai-nilai ositif yang harus diamalkan oleh pengguna internet supaya dapat mengelakkan daripada menyebarkan berita palsu atau berita yang tiada kesahihan.

Selain itu juga, dengan kewujudan taklimat ini, pihak kami juga berjaya mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran. Akhir sekali, peserta dapat membantu memeriahkan program-program yang dianjurkan komuniti serta mempromosikan kempen-kempen yang diperkenalkan seperti kempen “Klik Dengan Bijak”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali