Bengkel Smartpreneur Info Grafik (CANVA)

19 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2020 telah berlangsung Bengkel Smartpreneur Info Grafik (Canva) di Perpustakaan Desa Tambun Tulang dengan kerjasama Pusat Internet Maxis Perlis. Aktiviti ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staf Pusat Internet komuniti dan Perpustakaan dengan komuniti setempat.

Disamping itu juga program ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama penduduk sekitar dan juga Ahli Perpustakaan Desa. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian berkenaan advokasi topic ‘Oversharing’, aplikasi canva dan pertandingan reka info grafik.

Program ini bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Justeru itu, PIK mengambil peluang untuk turut memeriahkan aktiviti ini, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali