Program High Profile Policing & Advokasi

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2020: Pusat Internet dengan kerjasama JKKK Serta Balai Polis Kangar telah menjalankan Program Program High Profile Policing & Advokasi bersama-sama dengan komuniti Batas Lintang. Program bermula dijadualkan bermula pada jam 9 malam. Motif program ini dilaksanakan ialah bagi menyuarakan betapa pentingnya Klik Dengan Bijak (KDB). Semua peserta memperoleh sedikit sebanyak maklumat berkaitan taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) serta taklimat berkenaan perlindungan data peribadi (PDP). Selain itu, Ketua Polis Daerah Kangar iaitu YDH.SUPT WARI A/L KIEW memberi sedikit sebanyak taklimat dan mengadakan sesi soal jawab Q&A untuk komuniti menanyakan soalan kepada beliau serta bertukar-tukar pendapat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali