PLK Giatmara Kangar (FND) Hari Ke-3

16 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau  dan Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar GiatMara Kangar Kursus fashion. Program yang diadakan di Pusat Internet Padang Besar Selatan ini disertai oleh 18 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari ketiga program dijalankan adalah pemasaran online, facebook dan E-Commerce dan video editing.  Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali