PLK Giatmara Kangar (MNP) Hari Ke-1

16 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau  dan Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar GiatMara Kangar Kursus masakan. Program yang diadakan di Pusat Internet Padang Besar Selatan ini disertai oleh 20 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari pertama program dijalankan adalah mengenai keusahawan Intel dan pemantapan ICT.  Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali