Senaman Pagi Bersama Kanak-Kanak TBK Kemas

19 January 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan aktiviti senaman pagi yang bertempat di perkarangan Pusat Internet Kg Surau. Aktiviti tersebut diadakan pada jam 8.00 pagi. Aktiviti ini dijalankan secara santai dan melibatkan kanak-kanak atau pelajar tabika kemas. Aktiviti senaman ini telah diketuai oleh Puan Hazira yang mana tenaga pengajar tabika itu sendiri.

Aktiviti ini telah disertai oleh 9 orang peserta dan berlangsung selama 2 jam. Tujuan aktiviti-aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah di samping mengeratkan hubungan sesama komuniti setempat. Semua peserta merasa gembira dan berharap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali