Program Advokasi Karnival Membaca & Pesta Buku Peringkat Negeri Perlis

29 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Feb 2019, telah berlangsung Program Advokasi Karnival Membaca & Pesta Buku Peringkat Negeri Perlis. Program ini diadakan di Perpustakaan Awam Kangar, Perlis. Program ini merupakan anjuran kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Kluster Pusat Internet Perlis dibawah seliaan Maxis. Program ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi merapatkan Pusat Internet bersama komuniti.

Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Ceramah Advokasi , Pameran, Interactive Game, Kahoot Challenge, Turbo typing dan E-Class. Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran. Menyediakan kepelbagaian aktiviti dan pertandingan menarik semasa program ini berlangsung dapat menarik minat komuniti dari pelbagai peringkat umur, dan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali