Bengkel MIV Bersama DTT

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019, telah berlangsungnya Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) bersama Televisyen Terestrial Digital (DTT). Bengkel ini berlangsung di Pusat Internet Padang Besar (s). Bengkel ini dianjurkan oleh Sekriteriat MIV bersama Pejabat Wilayah (NRO) MCMC, Pusat Internet dan Sukarelawan ‘Malaysia ICT Volunteer’. MIV ialah satu platform Sukarelawan ICT yang menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti.

Program MIV bersama Televisyen terestrial digital (DTT) adalah satu inisiatif pemberitahuan kepada komuniti setempat tentang Peralihan digital melibatkan semua saluran Free To Air (FTA) akan menyiarkan kandungan TV dalam kualiti yang lebih baik berbanding dengan penggunaan teknologi lama (analog). Siaran Digital myFreeview akan mengantikan siaran teknologi lama (analog) di mana ia merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Setiap peserta diberikan taklimat mengenai tugas-tugas sukarelawan yang perlu dilakukan. Para peserta juga diberikan sedikit informasi mengenai siaran Siaran Digital myFreeview. Disamping itu Pihak Pusat Internet memeriahkan program-program yang dianjurkan komuniti serta mempromosikan kempen-kempen yang diperkenalkan seperti kempen “Klik Dengan Bijak”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali