Kelas Usahawan Primadona Worldwide

29 January 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Jan 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau bersama-sama dengan pengurusan Primadona Worldwide telah menganjurkan kelas usahawan untuk penduduk setempat. Kelas usahawan ini berlangsung di Pusat Internet Kg Surau dan disertai seramai 10 peserta. Kelas bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Kelas usahawan ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan produk Primadona Worldwide disamping memberi latihan kemahiran komputer kepada peserta. Melalui kelas ini, peserta akan mula sedar akan kepentingan penggunaan ICT dalam bidang keusahawanan lantas menambah minat mereka untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali