Kelas ICT Bersama MPKK

16 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan kelas ICT bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK). Kelas ICT ini berlangsung di Pusat Internet Kg Surau dan disertai oleh ahli jawatankuasa Kampung Surau seramai 9 orang. Kelas bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Mereka merupakan ahli jawatankuasa kampung yang mempunyai minat untuk belajar kemahiran ICT bagi menyiapkan kertas kerja dan minit mesyuarat kampung. Kelas ICT ini merangkumi cara penggunaan microsoft word untuk membuat kertas kerja dan minit mesyuarat disamping memberi latihan kemahiran komputer kepada peserta. Melalui kelas ini, peserta akan mula sedar akan kepentingan penggunaan ICT dalam bidang keusahawanan lantas menambah minat mereka untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali