Program Hari Malaysia Bersama Perpustakaan Desa Tambun Tulang

13 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Maxis Perlis dan Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah mengadakan Program Hari Malaysia Bersama Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Program yang diadakan di Perpustakaan Desa ini disertai oleh 30 orang peserta kanak-kanak dan ibu bapa yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi rasa cinta akan negara, berkongsi ilmu dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara staff dengan komuniti. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan antaranya ialah pakaian busana tercantik, mereka pantun dan melukis lambang bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya.

Program ini dilihat mampu untuk memupuk semangat kerjasama, cintakan negara, berdaya saing dan kreativiti para peserta disamping dapat merapatkan ukhuwah antara sesama manusia. Selain itu juga program ini dapat membantu mempromosikan Pusat Internet Maxis Perlis dan Perpustakaan Desa untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali