Hari Komuniti Pusat Internet Pokook Jawi

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019: telah berlangsung Hari Komuniti Pusat Internet Pokook Jawi. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staf Pusat Internet dengan komuniti setempat. Disamping itu juga program ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama penduduk sekitar dan juga Ahli Jawatankuasa Setempat.

Banyak aktiviti yang dijalankan seperti Game Kahoot, Kerusi Muzik, KDB Talk, Pertandingan bubur dan pelbagai lagi. Selain itu ,PI mengambil peluang memberi pendedahan ibubapa tentang kesedaran dan tanggungjawab di media sosial mengenai kebaikan dan keburukan yangperlu diambil tahu oleh masyarakat, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali