Kelas Usahawan Primadona Worldwide

12 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Apr 2018, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau bersama-sama dengan pengurusan Primadona Worldwide telah menganjurkan kelas usahawan untuk penduduk setempat. Kelas usahawan ini berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau dan disertai seramai 8 peserta. Kelas bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Kelas usahawan ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan produk Primadona Worldwide disamping memberi latihan kemahiran komputer kepada peserta. Melalui kelas ini, peserta akan mula sedar akan kepentingan penggunaan ICT dalam bidang keusahawanan lantas menambah minat mereka untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali