Hari Komuniti Pusat Internet 1 Malaysia 2018

06 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2018, telah berlangsung Hari Komuniti Pusat Internet 1 Malaysia 2018 dengan kerjasama organisasi dalam komuniti iaitu JKK Pokok Jawi. Majlis ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi. Majlis ini berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya ialah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, isi air dalam botol, kerusi muzik, taklimat menarik di dan Pendaftaran ahli PI Percuma.

Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran. Menyediakan kepelbagaian aktiviti dan pertandingan menarik semasa program ini berlangsung dapat menarik minat komuniti dari pelbagai peringkat umur, dan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali