E-Usahawan Giatmara Siri III Teknologi Automotif

09 June 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 08 June 2018- Kelas Usahawan Giat Mara telah dijalankan pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 petang bertempat di Pi1M RPA Arau. Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang asas ilmu ICT bagaimana untuk menjadi usahawan online. Sepanjang kelas tersebut para pelajar Giatmara didedahkan dengan penggunaan ICT yang terkini.

Program eUsahawan adalah satu program yang dijalankan oleh MDEC dan kerajaan sebagai satu usaha untuk membantu rakyat. Program telah dilancarkan pada tahun 2015 dengan matlamat untuk memberi pendedahan terhadap keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali