Kempen Kitar Semula E-Sisa (Mobile E-Waste)

26 April 2018 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB) dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi, melancarkan program Mobile e-Waste: Old Phone, New Life pada 12 Ogos 2015. Program yang dilancarkan oleh YB Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai melupuskan secara selamat dan mengitar semula peranti mudah alih yang telah tamat tempoh hayat, tidak digunakan atau yang tidak diingini lagi, ke arah memupuk budaya 3R (reduce, reuse and recycling) di Malaysia.

Melalui program ini, seramai 6 orang telah melupuskan peranti mudah alih yang rosak dan usang seperti ‘pendrive’, kamera digital, telefon bimbit, telefon pintar, tablet dan phablet termasuk pengecas dan aksesori yang tidak lagi digunakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau untuk bulan April 2018.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali