Program KDB & Bengkel Asas M. Word di PD Kg Peladang

14 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2018, telah berlangsungnya Program Klik Dengan Bijak dan Bengkel Asas Microsoft Word. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Kg Peladang. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran tentang perkara-perkara yang positif serta negatif tentang penggunaan internet. Kemudian, peserta diberi tunjuk ajar untuk menggunakan Microsoft Word dalam pengghasilan dokumen.Mereka dikehendari membuat muka depan folio dengan memasukkan perkataan berwarna dan simbol.

Selain itu, mereka juga diajar untuk menghias jadual tersebut dengan menukar warna atau ketebalan garisan jadual menggunakan tab ‘format’. Dengan kelas seperti ini, ia dapat membantu pelajar sekolah menyiapkan kerja sekolah dengan pantas dan mudah. Di samping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim Pi1M dengan komuniti dan dapat memperkenalkan fungsi Pi1M dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali