Advokasi Dan Tayangan Video

21 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Dec 2018, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan kelas berkenaan advokasi dan tayangan video. Kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Surau ini telah disertai oleh 7 orang peserta yang merupakan ahli PI sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peerta berkenaan keselamatan penggunaan internet dan tayangan video berbentuk patriotik. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi permainan pembelajaran di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali